Pusat Tuisyen Cyberjaya
✅Semua subjek
✅Darjah 1-Tingkatan 5.
“Gembira anak dapat A selepas gagal berkali-kali..”
Pusat Tuisyen Cyberjaya
✅ Darjah 1-Tingkatan 5
✅ Semua Subjek
LOKASI PUSAT TUISYEN MATHSPOWER CYBERJAYA
📍 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor.
☎️ 012-842 9211
jika tahun lepas anak masih struggle dalam pelajaran, sesi persekolahan baru 2024/2025 dijangka semakin mencabar!
Perasan tak, silibus mata pelajaran sekarang terlalu advance. Matematik darjah 6 pun dah belajar topik takaful & insuran tau. Advance kan ?
Soalan matematik pula dah tak macam dulu. Soalan-soalan sekarang banyak soalan yang berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Di sekolah pula bilangan murid dalam satu kelas ramai. Ada sekolah yang mempunyai lebih dari 50 orang pelajar dalam satu kelas.
Bayangkan bagaimana seorang guru nak mengajar sampai 50 orang pelajar. Di sini keberkesanan pengajaran menjadi kurang.
ANAK-ANAK MUNGKIN PERLUKAN BANTUAN KITA
SITUASI SEKARANG MENGAJAK KITA UNTUK BERKIFIR
Kemuncak nanti anak akan naik ke darjah/tingkatan yang seterusnya dan akan menduduki peperiksaan. Adakah anak telah betul-betul bersedia ?
KITA ADA PILIHAN, DUA PILIHAN
Sama ada nak lihat anak down, buntu, blur, tak tahu nak buat apa, komplen, merungut dan terus struggle dalam pelajaran,
ATAU
Cari jalan penyelesaian. Ya ubat pada masalah adalah solusi. Cari solusi bagaimana anda boleh bantu anak untuk kuasai pelajaran dan seterusnya skor A.
Insya-Allah dengan pengalaman selama 10 tahun mengajar lebih daripada 6500 pelajar, kami akan kongsikan step by step proven formula untuk anak lebih cepat FAHAM dalam setiap pelajaran dengan MUDAH.
Apa High Proven Strategies Yang Anak Akan Dapat Bila Belajar di Pusat Tuisyen Mathspower CYBERJAYA?
1# Cikgu Terlatih dan Berpengalaman
Anak tak dapat fokus semasa kelas? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Sebab itu di kami menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi) dalam setiap sesi pembelajaran bagi menaikkan semangat belajar dalam diri anak. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar di Pusat Tuisyen Mathspower cyberjaya.
2# Tuisyen Kumpulan Kecil
Di Pusat Tuisyen cyberjaya kami mengajar pelajar dalam kumpulan yang kecil. Best kan bila anak dapat belajar dalam kelas yang tak ramai orang ? Apabila bilangan pelajar sedikit, cikgu-cikgu kami boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah setiap pelajar dengan lebih mudah. Lebih tumpuan dapat diberikan kepada anak dan membuatkan sesi pembelajaran lebih berkesan.
3# Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen
Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.
4# Seminar Akademik
Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.
5# Laporan Prestasi Akademik
Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan mak ayah bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.
Kaedah dan Gaya Pengajaran yang Mudah dan Senang Untuk Difahami.
Terbukti telah Membantu Lebih dari 6500 Orang Pelajar untuk Improve Result dari Gred Markah Cukup-Cukup Makan Ke Gred Markah Yang Lebih Tinggi.
Dan Ramai Lagi Pelajar Telah Berjaya!
🔊 Lihat Feedback Ibu Bapa Semasa Sesi Perjumpaan ibu bapa-tutor
🔊 Apa kata pelajar 👨🏻🎓👩🏻🎓
Anak Pasti Boleh Menguasai Pelajaran Sekiranya Ada 3 Perkara Ini:
1# Komited
Bermula awal dan mengikuti kelas dengan bersungguh mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2# Aktif
Tidak malu dan terus bertanya kepada cikgu jika ada topik yang masih tidak jelas.
3# Rajin
Mengukuhkan pemahaman selepas sesi pembelajaran dengan membuat ulangkaji dan latihan menggunakan modul tuisyen.
Tentang Pusat Tuisyen Mathspower
Penubuhan Pusat Tuisyen Mathspower Cyberjaya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk mengasah dan melengkapkan pendidikan akademik para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Fokus utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan (pusat tuisyen) yang berkualiti dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Soalan Lazim
Tutor yang mengajar di Pusat tuisyen cyberjaya ni cikgu sekolah kerajaan ke ?
Kebanyakan tutor di Pusat Tuisyen Mathspower Cyberjaya ini bukan daripada kalangan guru sekolah kerajaan. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang, Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.
Pusat tuisyen mathspower Cyberjaya ni hanya ajar subjek maths saja ke?
Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.
Apa kelebihan jika hantar anak di pusat tuisyen mathspower cyberjaya ni ?
Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.
Confirm ke kalau hantar kat tuisyen cyberjaya ni anak saya dapat skor A dalam exam?
Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.
anak saya ni lemah sikit & Selalu gagal dalam exam. saya takut dia tak dapat follow belajar dengan kawan-kawan lain dalam kelas nanti.
Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Individu.
Masih ada persoalan mengenai pusat tuisyen mathspower cyberjaya yang belum terjawab?
Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.
PROMOSI RAMADHAN-DISKAUN 50% YURAN APRIL
Alamat: 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor
Hubungi kami
- Email: admin@pusattuisyencyberjaya.com
- Telefon: 012-842 9211
- Waktu pejabat: Isnin-Jumaat, 3:30PM - 10:00PM
Alamat: 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor
Hubungi kami
- admin@pusattuisyencyberjaya.com
- 012-842 9211
- Waktu pejabat: Isnin-Jumaat, 3:30PM - 10:00PM
©2024 Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Cyberjaya.