“Gembira anak dapat A selepas gagal berkali-kali.”

Pusat Tuisyen Cyberjaya

Semua subjek

 Sekolah Rendah & Menengah

“Gembira anak dapat A selepas gagal berkali-kali..”

Pusat Tuisyen Cyberjaya

✅ Sekolah Rendah & Menengah

Semua Subjek.

Lokasi Pusat Tuisyen Cyberjaya Maths Power Tuition Centre

LOKASI PUSAT TUISYEN MATHSPOWER CYBERJAYA

📍  5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor.

☎️ 012-842 9211

Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.

SILIBUS SEMAKIN SUSAH, ANAK MASIH STRUGGLE...

APA TINDAKAN KITA?
Sesi persekolahan baru 2025 semakin hampir. Perasan tak Silibus sekarang bukan lagi biasa-biasa—Matematik Darjah 6 pun dah belajar topik takaful & insurans! Ya, TAKAFUL & INSURANS untuk anak-anak kita yang baru 12 tahun!  Advance kan ?
Pusat Tuisyen Cyberjaya_Silibus sekolah rendah susah
Buku Teks Matematik Tahun 6

Soalan-soalan Matematik sekarang pula bukan lagi sekadar tambah dan tolak, tetapi soalan sekarang banyak yang berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), betul-betul buat anak-anak kita ‘krik-krik’. Mereka bukan saja perlu hafal formula, tapi kena faham logik di sebalik setiap soalan dan berfikir seperti seorang saintis!

Pusat Tuisyen Cyberjaya_contoh soalan KBAT
Contoh Soalan Matematik KBAT Sekolah Rendah

Dan di sekolah? Situasinya sungguh menyedihkan. Kelas semakin penuh sesak—lebih 50 pelajar dalam satu bilik darjah! Cuba bayangkan, seorang guru nak kawal, ajar, dan pastikan semua pelajar faham. Hampir mustahil!

Anak Dah Kuasai Asas ?

Cuba check kejap, anak dah pandai ke topik Pecahan (sekolah rendah) dan Rumus Algebra (sekolah menengah) ?
 
Memang masalah besar, jika anak belum kuasai konsep Asas Matematik ini ! Kenapa?
 
Asas Matematik ini ibarat tapak rumah. Kalau tapaknya tak kukuh, segala binaan di atasnya akan runtuh.
 
Anak-anak yang lemah dalam asas Matematik akan mula rasa blur, bosan, dan akhirnya menyerah kalah bila masuk topik-topik lebih rumit seperti wang, masa, pengendalian data, dan sebagainya.
 

Kesannya ? Anak mungkin akan hilang keyakinan diri, mula beranggapan diri mereka tak pandai, dan paling menyedihkan, jika anak berhenti mencuba. Hati ibu bapa mana yang tak luluh melihat ini?

Selain matematik, mata pelajaran yang lain dah ok ke ? Markah naik ke merosot ?

Masa Depan Anak Kita Berada di Tangan Kita

Jangan tunggu sehingga anak menyerah kalah sepenuhnya. Masa untuk bertindak ialah sekarang. Dengan bantuan yang betul, anak kita boleh bangkit, bukan sekadar belajar tetapi menguasai pelajaran dengan yakin.

💪 Kami di Pusat Tuisyen Mathspower sedia membantu.

💡 Rahsia Mudah Anak Cepat Faham Pelajaran!

Dengan pengalaman 11 tahun membimbing lebih daripada 8500 pelajar, Pusat Tuisyen Mathspower telah terbukti menjadi pilihan ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka dalam setiap subjek. Kami menggunakan formula eksklusif yang membantu anak anda memahami matapelajaran dengan lebih mudah dan pantas.

Jangan biarkan anak anda terus ketinggalan atau rasa susah nak ikuti pelajaran. Sertai kami sekarang dan lihat sendiri perubahan yang luar biasa!

🔥 DAFTAR KELAS SEKARANG

(Jangan tunggu lama, tempat TERHAD!)

Punca Anak Lemah Dalam Pelajaran

Pernah tak anda rasa buntu, tak tahu nak buat apa untuk bantu anak yang semakin ketinggalan dalam pelajaran? Ini antara punca utama masalah ini berlaku:

1# Tidak Kuasai Asas

Cuba tanya anak, adakah mereka betul-betul faham topik asas seperti pecahan (sekolah rendah) atau algebra (sekolah menengah)? Bila asas lemah, anak akan terus ketinggalan untuk topik-topik lain seperti peratusan, ruang, atau data. Akhirnya, anak jadi keliru & hilang semangat bila belajar bab yang baru.

2# Anak Tidak Minat Belajar.

Dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh anak belajar, tetapi tetap tiada motivasi untuk buka buku. Sebaliknya, mereka lebih asyik dengan gajet atau permainan video.

3# Sibuk & Bertangguh-tangguh

Dah dekat tarikh exam barulah mak ayah risau tentang pelajaran anak. Masa tu barulah kelam kabut nak mengajar atau cari pusat tuisyen untuk anak. Tapi sedihnya… risau tak sempat sebab anak perlu ulangkaji banyak topik dari awal sehingga akhir termasuklah topik-topik tahun lepas. Akhirnya anak jadi down, buntu, blur dan tak tahu nak buat apa. Kesian sangat.

Apa High Proven Strategies Yang Anak Akan Dapat Bila Belajar di Pusat Tuisyen Mathspower?

1# Cikgu Terlatih dan Berpengalaman

Anak tak dapat fokus semasa kelas? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Sebab itu kami menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi) dalam setiap sesi pembelajaran bagi menaikkan semangat belajar dalam diri anak. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar di Pusat Tuisyen Mathspower.

2# Tuisyen Kumpulan Kecil

Best kan bila anak dapat belajar dalam kelas yang tak ramai orang ? Apabila bilangan pelajar sedikit, cikgu-cikgu kami boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah setiap pelajar dengan lebih mudah. Lebih tumpuan dapat diberikan kepada anak dan membuatkan sesi pembelajaran lebih berkesan.

3# Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen

Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.

4# Seminar Akademik

Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.

5# Laporan Prestasi Akademik

Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.

Anak Anda Pasti Mampu Menguasai Pelajaran dengan 3 Langkah Mudah di Mathspower:

1# Komited

Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan—ia bermula dengan komitmen yang teguh. Di Mathspower, kami memastikan anak anda bukan sekadar hadir ke kelas, tetapi hadir dengan tujuan iaitu untuk memahami, menguasai, dan menerapkan apa yang dipelajari. Dengan pendekatan pembelajaran berstruktur dan berfokus, kami membantu anak anda membina asas yang kukuh, meningkatkan keyakinan diri, dan mencapai potensi sebenar mereka. 

2# Aktif

Di Mathspower, kami galakkan anak anda untuk lebih berani bertanya dan tidak takut mengakui jika ada topik yang mereka kurang faham. Dengan suasana pembelajaran yang mesra dan menyokong, guru-guru kami memastikan setiap soalan dijawab dengan jelas sehingga anak anda benar-benar memahami dan menguasai topik tersebut. Kami percaya, bertanya adalah langkah pertama menuju kejayaan!

3# Rajin

Kejayaan bermula dengan usaha yang konsisten. Di Mathspower, anak anda akan dibimbing melalui latihan intensif dan modul khas yang direka mengikut keperluan individu. Latihan ini bukan sahaja membantu mereka memahami topik dengan lebih mendalam, tetapi juga membina disiplin dan tabiat belajar yang membawa kepada keputusan cemerlang.

Kaedah & Gaya Pengajaran Mudah yang Terbukti Berkesan

Dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami, kami telah membantu  ribuan pelajar meningkatkan markah mereka, daripada sekadar cukup-cukup makan kepada gred yang jauh lebih tinggi. Mathspower bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing pelajar untuk benar-benar memahami dan menguasai setiap subjek!

Dan Ribuan Lagi Pelajar Telah Berjaya Bersama Mathspower!

🔊 Dengar Apa Kata Ibu Bapa

🔊 Apa kata pelajar 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓
Tentang Pusat Tuisyen Mathspower

Ditubuhkan pada tahun 2013, Mathspower telah berkembang menjadi pusat tuisyen yang diiktiraf dan dipercayai ramai, khususnya oleh ibu bapa yang mencari pendidikan tambahan berkualiti untuk anak-anak mereka. Dengan pengalaman lebih 11 tahun, Mathspower kini mempunyai 12 cawangan aktif yang memenuhi keperluan pelajar di pelbagai peringkat.

Visi

Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam nilai peribadi, dengan pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan.

Misi
  1. Menyediakan Pembelajaran Berkualiti Tinggi:
    Menawarkan pendekatan pembelajaran terkini yang disesuaikan dengan keperluan individu pelajar, dengan modul yang komprehensif dan mudah difahami.
  2. Memperkasa Pelajar dengan Keyakinan Diri:
    Membantu pelajar mengenal potensi mereka melalui bimbingan motivasi dan sokongan moral sepanjang proses pembelajaran.
  3. Menghasilkan Tenaga Pengajar Profesional:
    Melatih dan memastikan guru-guru Mathspower memiliki kepakaran serta keupayaan untuk menyampaikan ilmu dengan kaedah yang paling efektif.
  4. Mewujudkan Suasana Belajar yang Positif:
    Memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa, dan selamat bagi pelajar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas.
  5. Mengutamakan Hubungan dengan Ibu Bapa:
    Bekerjasama rapat dengan ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar dan memberikan maklum balas yang membina untuk penambahbaikan berterusan.
  6. Mendukung Pembangunan Holistik Pelajar:
    Selain akademik, Mathspower juga memberi penekanan kepada kemahiran hidup, seperti pengurusan masa dan komunikasi, untuk membentuk individu yang serba boleh.

Soalan Lazim

TUTOR YANG MENGAJAR DI PUSAT TUISYEN CYBERJAYA NI CIKGU SEKOLAH KERAJAAN KE ?

Tidak semestinya. Tutor di Pusat Tuisyen Mathspower terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk mereka yang berpengalaman dalam pengajaran subjek tertentu. Setiap tutor melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk temuduga dan sesi mock teaching untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran mengajar yang cemerlang.
Kami percaya bahawa pengalaman mengajar dan kebolehan menyampaikan ilmu adalah lebih penting daripada status pekerjaan mereka. Dengan ini, kami mampu menawarkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk anak anda.

PUSAT TUISYEN MATHSPOWER CYBERJAYA NI HANYA MENAWARKAN SUBJEK MATEMATIK SAHAJA KE ?

Tidak. Walaupun nama kami mencerminkan fokus kepada Matematik, kami juga menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.

APA KELEBIHAN JIKA HANTAR ANAK DI PUSAT TUISYEN MATHSPOWER CYBERJAYA NI ?

Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.

Confirm ke kalau hantar kat pusat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?

Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.

Anak saya sangat lemah dalam pelajaran. Saya risau dia tak boleh mengikuti pembelajaran dalam kelas tuisyen bersama pelajar lain. Bagaimana pusat tuisyen Mathspower dapat membantu?

Jangan risau, kami di Pusat Tuisyen Mathspower telah berdepan dengan ramai pelajar seperti anak anda. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi yang boleh digilap, tidak kira di mana mereka bermula. Untuk pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pelajaran atau sering ketinggalan, kami menawarkan kelas individu yang memberi perhatian khusus kepada anak anda. Dalam kelas ini, tutor akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kemampuan dan keperluan anak anda.

Masih ada persoalan mengenai Pusat tuisyen mathspower yang belum terjawab?

Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.

Khairul Rizal
Read More
Pusat tuisyen ini sgt membantu dgn kemahiran guru yg memberi teknik latihan dan tunjuk ajar yg mudah pd pelajar.
Luqman Fiqhri
Read More
Saya suka Pusat Tuisyen Mathspower ini kerana ia memberi manfaat kepada saya.Tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan.Guru di MathsPower ini telah mengajar saya sedaya upaya mereka untuk saya faham dalam sesuatu topik. MathsPower is the best!
Nur Aliya Fasihah Mohd Suriza
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana pusat tuisyen ini mempunyai kawasan pembelajaran yang selesa seperti mempunyai pendingin hawa . Selain itu , guru - guru yang mengajar saya amatlah baik dan proses pembelajaran amatlah mudah kerana dibekalkan modul yang mempunyai pelbagai nota dan latihan . TQ MATHSPOWER <3
Ahmad Firdaus
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana guru-guru mengajar dengan cara yang mudah dan senang difahami. Suasana yang selesa dan luas jugak menjadi faktor utama untuk saya belajar dengan baik. Kawan- kawan juga yang akan membantu menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar saya fahami.
Fariq
Read More
Saya suka belajar di pusat tuisyen Mathspower kerana cara belajar yang efisyen,kelas yang bersih,kawan yang menceriakan,tutor yang tegas & baik,tempat yg strategik,kelas yg sejuk dan memuatkan pelajar..Yang Benar Fariq😊😊
Marwan Irrsyad
Read More
Pada mulanya saya kurang meminati subjek Matematik dan sering gagal dlm peperiksaan . Namun setelah saya menyertai pusat tuisyen ini pada tahun lepas iaitu semasa saya berada di Tingkatan 4 saya semakin meminati subjek Matematik hasil didikan Cikgu Fahmi dan keputusan ujian saya semakin bertambah baik . Tambahan pula , pusat tuisyen ini juga mengadakan aktiviti menarik misalnya Jamuan Hari Raya . Akhir sekali , terdapat juga seminar SKOR SPM misalnya pada tahun ini terdapat seminar bahasa inggeris dan matematik yang sangat berguna untuk kami selaku pelajar calon SPM .

Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.

Logo Pusat Tuisyen Cyberjaya

Alamat: 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor

Hubungi kami
Logo Pusat Tuisyen Cyberjaya

Alamat: 5-1, Block B, Biz Avenue, 1, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor

Hubungi kami

©2025 Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Cyberjaya.